Tuesday, November 13, 2012

Friendly :- Team Kampung Vs UniKL

Padang bola unikl bangi

Pemain import ke team kampung

Ahad lepas kitorang buat friendly dengan member dekat bangi tue. Nie dah kali kedua kitorang buat friendly. First time lawan dengan Engine United dengan keputusan seri satu sama. Game first tak best sikit dengan keadaan padang yang becak teruk. Tapi game first tu nak ikutkan kitorang dah menang tapi tiba2 je coach diorang mintak referee tambah 3rd half. Kitorang dah la x fit dengan sub pun ada berapa orang je. Bocor jugak keeper kitorang walaupun ada defend kitorang kata goal tu offside. Entahla sebab ada referee yang jaga line offside. Referee kata x offside tak boleh buat apa2. 

Friendly kedua nie best sikit sebab padang lebih elok kalau nak dibandingkan dengan padang dekat perindu hari tu. Tapi yang letihnya kitorang dari Shah Alam pergi sana naik motor. Dekat dua jam baru kitorang sampai. Pukul 7 pagi lagi kitorang dah siap2 nak bertolak ke sana. Keputusan agak mengecewakan sebab kalah 2-3 dengan budak2 unikl tu. Banyak juga peluang striker kitorang nak score, ada yang bola terkena palang goal dan header bola terkena palang masuk sedikit dan terkeluar balik tapi referee x kira goal. Game nie seorang je referee sebab referee yang kitorang nak bayar tu tak datang lak. Terpaksa la mintak tolong seorang player diorang jadi referee. Thank you referee sebab dapat mengawal permainan dengan baik. 

Kelakar juga game kali nie sebab ada benda pelik2 berlaku ketika game sedang berlangsung. Ada yang tapak kasut tertanggal pastu tukar dengan kasut sub dan ada yang terlupa bawa short nak pakai main. Boleh lak main tukar2 seluar. Haishhh... First half 40 minit dan second half 30 minit. Penat kitorang datang dari jauh     tetiba ada player diorang mintak second half main 30 minit je sebab dah letih. Adoia.... Kitorang datang dari jauh lagi letih tapi boleh je nak main sampai 40 minit. Tapi tak kesah la sebab nampak sama2 dah tak fit. Habis injured player kitorang kena tackle, tertanduk kepala keeper dan hamstring. Pelik2 dibuatnya. Ok la setakat nie jer aku nak citer. Arigato gozaimasu to all my reader . Vrooommmmm......

No comments :